PINGGAN CORAK ANTIK MASYARAKAT IBAN SARAWAK

SEJARAH PINGGAN ANTIK MASYARAKAT IBAN SARAWAK

Masyarakat Iban di rumah panjang pada masa dulu amat meminati pinggan yang diperbuat daripada seramik. Dalam masyarakat Iban, pinggan mangkuk mereka terdiri daripada barangan tembikar yang kebanyakkannya berwarna biru putih yang mungkin didatangkan khas dari negeri China pada ketika itu dan juga ada di kalangan masyarakat Iban yang pandai membuat sendiri corak pinggan mangkuk seramik yang cantik yang menggunakan corak lukisan flora dan fauna yang kebanyakkan menggunakan gabungan dua warna hitam dan putih atau gabungan 3 warna hitam, putih dan merah hati ataupun gabungan warna putih,hitam,biru atau merah hati.

Dalam tradisi masyarakat Iban, mereka suka menyimpan peralatan pinggan mangkuk di dalam jumlah yang banyak sehingga satu ratus lebih set. Memiliki pinggan mangkuk yang banyak melambangkan status kekayaan sesebuah keluarga kerana pada masa dulu amat sukar untuk memperolehi atau membuat pinggan mangkuk ini.

Kepentingan pinggan mangkuk di kalangan masyarakat Iban ialah ia banyak digunakan dalam pelbagai majlis keramaian adat seperti upacara miring sempena bermula perayaan gawai, upacara menerima hantu pala dan juga digunakan dalam pelbagai majlis perayaan masyakat Iban.

Pada zaman sekarang simpanan atau koleksi pinggan lama atau antik amat sukar diperolehi dan ini menjadikan Pinggan Antik Iban sebagai koleksi yang amat bernilai dan berharga di kalangan masyarakat Sarawak atau di kalangan masyarakat yang minat menyimpan koleksi pinggan antik ini.Tradisi membuat pinggan antik sudah semakin hilang di telan zaman kerana proses pembuatannya amat rumit dan memakan masa yang agak lama.

Untuk mengelakkan tradisi pembuatan pinggan seramik antik ini hilang atau pupus di telan zaman, Pn Helana David Kalum iaitu seorang Usahawan dibawah bimbingan SIRIM Sarawak serta Perbadanan Kemajuan kraftangan Cawangan Sarawak telah memulakan usaha ini untuk menghasilkan seni pembuatan Pinggan Antik Sarawak.

Keunikkan Pinggan Antik Iban hasil buatan tangan daripada Pn Helena David Kalum ini masih mengekalkan nilai tradisi lama melalui cara pembuatan serta corak motif lukisan di atas pinggan yang dihasilkan. Kebanyakkan corak motif lukisan yang digunakan ialah menggunakan corak Bunga Terung seperti bunga terung pipit, teku engkelait,buah lelambak pecah lapan dan sebagainya.

BAHAN DAN PERALATAN UNTUK MEMBUAT PINGGAN ANTIK IBAN

TANAH LIAT JENIS STONEWARE

Stoneware adalah tanah liat anjal yang mencapai kekerasan maksimum dalam suhu antara 1204-1280 derajat Celsius.

Warna asli Stoneware adalah seperti warna kelabu terang atau buff dan dapat berubah menjadi warna kelabu neutral ketika tanah liat ini menjadi sedikit lembab.

Jenis tanah liat yang digunakan ialah ialah jenis Stoneware iaitu jenis yang kasar karena mengandung partikel butiran pasir.
Stoneware  banyak digunakan dalam industri seramik untuk membuat peralatan seperti pinggan,mangkuk,tembikar dan sebagainya sesuai dengan manfaatnya seperti tahan panas, tahan bahan kimia.

ACUAN PINGGAN PLATE MOULD

Plate Mould digunakan untuk membuat pinggan dengan menggunakan tanah liat jenis Stoneware. Proses membentuk pinggan menggunakan Plate Mould ialah dengan menggunakan tanah liat stoneware untuk dimasukkan ke dalam acuan untuk membentuk pinggan yang sempurna. Proses pembentukan pinggan ini memakan masa 30 hingga 45 minit.

Acuan Plate Mould ini di buat mengikut saiz diameter pinggan yang ingin dibentuk iaitu 20 CM dan 28 CM.

POTTER WHEEL UNTUK MEMBUAT PINGGAN

Proses membuat pinggan dengan menggunakan Potter Wheel memerlukan kemahiran dan ketelitian yang tinggi untuk membentuk saiz pinggan yang diingini.

Tanah liat jenis Stoneware yang agak lembut digunakan untuk membuat pinggan yang berkualiti tinggi dan proses untuk menghasilkan satu pinggan memakan masa 20 minit.

PROSES PEMBUATAN PINGGAN IBAN ANTIK SECARA HANDMade

MEMBUAT SAIZ PINGGAN MENGGUNAKAN PLATE MOULD

Proses mengadun tanah liat sepenuhnya menggunakan tangan sebelum dimasukkan ke dalam acuan Plate Mould.

Doh tanah liat yang siap dibentuk akan dileperkan mengikut bentuk acuan serta ketebalan mengikut kedalaman acuan dan saiz diameter acuan Plate Mould.

MEMBUAT SAIZ PINGGAN MENGGUNAKAN POTTER WHEEL

Proses membuat pinggan yang menggunakan Potter Wheel memerlukan kemahiran dan ketelitian yang tinggi untuk membetuk ketebalan pinggan serta saiz diameter pinggan.

Proses untuk menghasilkan satu pinggan dengan menggunakan Potter Wheel memakan masa selama 30 hingga 45 minit.

SAIZ PINGGAN YANG TELAH SIAP DIBENTUK

Saiz Pinggan yang telah siap dibentuk samada menggunakan kaedah Plate Mould ataupun menggunakan kaedah Potter wheel perlu dikeringkan di bawah cahaya matahari selama 2 atau 3 hari sebelum proses melukis corak di atas pinggan dimulakan.

PROSES MELUKIS CORAK DI ATAS PINGGAN

MELUKIS CORAK DI ATAS PINGGAN MENGGUNAKAN TANGAN

Prose melukis corak di atas pinggan memerlukan ketelitian dan kesabaran. Proses melukis corak mengambil masa 1 atau 2 hari mengikut corak motif lukisan yang ingin dihasilkan.

Pewarna yang digunakan diimport khas dari negara Australia yang digunakan khas untuk lukisan motif di pinggan seramik.

CORAK LUKISAN MENGGUNAKAN TANGAN YANG TELAH SIAP

Corak Motif lukisan yang telah siap dilukis dengan menggunakan pewarna "One Stoke" yang diimport khas dari negara Australia untuk menghasilkan warna yang menyerlah dan tidak mudah pudar.

SEBAHAGIAN CORAK LUKISAN TANGAN YANG TELAH SIAP DILUKIS

Sebahagian daripada corak Pinggan Antik Iban yang telah siap dilukis yang terdiri daripada dua saiz iaitu berdiameter 20 CM dan 28 CM .

Pinggan yang telah siap dllukis dibiarkan kering semalaman sebelum mengglazekan permukaan pinggan sebelum ia nampak lebih cantik dan licin.

PROSES MENYIAPKAN PINGGAN YANG TELAH DILUKIS

PINGGAN YANG TELAH SIAP DIGLAZEKAN

Pinggan yang sudah siap dilukis perlu diglazekan sebelum proses pembangkaran pinggan dijalankan.Seluruh permukaan depan dan belakang pinggan perlu diglazekan secara rata untuk menghasilkan permukaan yang licin dan berkilau setelah pembakaran siap dijalankan.

Pinggan yang sidah diglazekan perlu dibiarkan kering selama 30 minit sebelum dipindahkan ke oven pembakaran untuk men

PROSES UNTUK PEMBAKARAN MENGGUNAKAN KLIN

Pinggan yang telah siap diglaze akan disusun secara rapi di oven Klin . Pinggan akan disusun secara bertingkat-tingkat supaya proses pembakaran pinggan akan berjalan secara sekata di atas pinggan.

Penyusunan pinggan di dalam Klin perlu disusun secara rapi supaya tidak akan berlaku keretakan ke atas pinggan semasa proses pembakaran dijalankan nanti.

PENETAPAN SUHU PEMBAKARAN PINGGAN MENGGUNAKAN KLIN

Setelah Pinggan yang disusun secara rapi di dalam Klin, pinggan akan dibakar dengan menggunakan suhu 1080 darjah Celcius.

Setting suhu serta penetapan masa untuk proses pembakaran perlu dilakukan supaya pinggan akan kering secara sekata dan tahan lama.

Proses pembakaran ini dilakukan selama 48 jam tanpa henti. Setelah 48 jam , Pinggan Antik Iban siap dihasilkan dan terhasilah pinggan yang cantik dan berkilau serta tahan lama.

Pinggan Antik Etnik Iban Sarawak

PINGGAN BUNGA TERUNG KANGAN PIPIT

Salah satu Pinggzn Antik Iban yang menjadi daya tarikannstatus pada zaman dahulu. Banyak digunakanuntuk tujuan hadiah perkahwinan.

PINGGAN BUNGA TERUNG TUSU TEKU ENGKELAIT

Pinggan Terung pada zaman dahulu digunakan untuk tujuan sebagai majlis adat miring perayaan atau meraikan tetamu yang hadir.

PINGGAN BUNGA TERUNG KANGAN PIPIT HITAM

Pinggan Bunga Terung bulu hanya digunakan oleh pahlawan Iban saja untuk tujuan meletakkan hidangan makanan

PINGGAN BUNGA TERUNG PECAH LAPAN TEKU ENGKELAIT PIPIT

Pinggan Bunga Terung Bintang digunakan semasa musim perayaan hari Gawai untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah panjang pada masa dahulu

Sangat berpuas hati dengan Pinggan Antik ini dan hasil buatan tangan amat menarik dan bermutu tinggi

Norman Hasyim

Saya telah membeli 4 set Pinggan Antik Iban ini, amat menarik untuk dijadikan hiasan atau cenderamata. Saya amat menghargai hasil buatan tangan yang cukup bermutu tinggi .

Nazriyatul Nazihah Roslan

Apabila kawan-kawan saya melihat Pinggan Antik Iban ini,mereka sangat suka dengan corak antik ini . Mereka pun ingin memiliki Pinggan Antik Iban ini. Harganya memang sesuai dengan ketelitian seni Iban yang diterapkan di dalam setiap pinggan yang dihasilkan.

Rebecca Andrew

KEMUDAHAN PEMBAYARAN DAN JAMINAN KAMI